Kami Warga SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman dengan tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
• Memberi layanan yang mesra dan cekap serta prihatin terhadap sebarang pandangan dan maklum balas
• Menyediakan suasana kerja yang selesa dan memberangsangkan untuk melahirkan guru dan pekerja yang dedikasi, kreatif & inovasi
• Memastikan semua murid mendapat didikan dan layanan yang adil dan saksama.
• Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum murid ke tahap membanggakan secara menyeluruh.
• Menyediakan kemudahan asas dan layanan mesra berasaskan etika kerja setiap masa.
• Mewujudkan permuafakatan antara warga ke arah kecemerlangan sekolah