A- A A+

 

Tunku Anum Raja Jambangan pembesar Empat Kedah, bergelar Seri Paduka Raja. Tidak diketahui dengan tepat tarikh kelahirannya tetapi semasa penduduk Siam di Kedah (1821-1824), dia dianggap seorang tokoh tua yang disegani di Kedah. Nama penuhnya ialah Tengku Paduka Raja Jambangan. Gelaran ini diperolehinya pada bulan Ogos 1809 apabila dilantik oleh Sultan Ahmad Tajuddin sebagai utusan bunga emas dan perak. Dengan tugas ini dia dikehendaki mengetuai rombongan menghantar ufti ke Ligor sebelum dikirimkan ke Bangkok.

Pada masa Siam memerintah Kedah, Tunku Anum tergolong di dalam kumpulan pembesar yang bekerjasama dengan Siam. Di samping itu, dia juga mengaturkan gerakan penentangan secara gerila. Cetusan gerakan bermula apabila diadakan satu perjumpaan dengan beberapa orang panglima. Sementara Tunku Anum sendiri telah pergi ke Ligor untuk berkhidmat dengan Raja Ligor (Nakhorn Sri Thammarat). Setelah beberapa siri pemberontakan besar tercetus di Kedah, pihak Siam berpendapat adalah tidak menguntungkan menjalankan pemerintahan secara langsung melalui pengawalan Raja Ligor. Pendapat ini didukung oleh Choo Phya Yomraj. Idea ini juga direstui oleh Rama III.

Dasar pemerintahan tidak langsung Siam dapat dilaksanakan dengan lebih mudah selepas kematian Raja Ligor. Pada bulan Mei 1839, pihak Siam telah melantik Tunku Anum sebagai Phya Saiburi(Gabenor Kedah) dan Tunku Hassan sebagai naib gabenor. Semasa menjadi pemerintahan Kedah, Tunku Anum berusaha memulihkan keamanan dan mengajak pelarian Kedah kembali ke kampung halaman.

Pada tahun 1421, kerajaan Bangkok bersetuju untuk menyerahkan semula takhta kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Bagaimanapun Kedah telah dipecahkan kepada empat unit iaitu Kedah, Perlis,- Setul-Linggu dan Kubang Pasu. Kubang Pasu telah diserahkan kepada Tunku Anum. Kubang Pasu mempunyai 24 mukim. Sempadannya dengan Kedah bermula dari Kuala Sungai Alor Madi hingga ke Ulu Sungai Padang Terap. Manakala sempadan dengan Perlis di Kuala Senting hingga ke Kurung Anai. Tunku Anum juga telah mengorek sebatang sungai dari Pulau Pisang menghala ke utara dan selatan bagi tujuan perhubungan dan pertanian. Sebuah pusat perusahaan kain dibina di Pulau Kein(kain).

Negeri Kubang Pasu dikenali sebagai Kubang Pasu Darulqiam(Negeri Yang Berdiri Teguh). Dalam urusan pentadbiran, Tunku Anum dibantu oleh anaknya Tunku Muhammad yang bergelar Tunku Seri Paduka Raja. Turut membantu ialah sepupu beliau Tunku Paduka Maha Menteri. Tunku Anum meninggal dunia pada tahun 1847, Tunku Anum telah melantik cucunya Tunku Ishak sebagai bakal Raja Kubang Pasu dan seorang lagi cucunya, Tunku Muhammad Saman sebagai Raja Muda.

 

 

SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN
(SEKOLAH SUKAN NEGERI KEDAH)

06000 Jitra, Kedah Darul Aman 
Tel:   04-7144960   Faks: 04-7145312 
Emel: kea4061@moe.edu.my

Pelawat Hari Ini : 22

Pelawat Bulan Ini : 260

Jumlah Pelawat : 52152

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Penafian : JPN Kedah, PPD Kubang Pasu dan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (Sekolah Sukan Negeri Kedah) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam web ini tidak boleh dianggap sebagai ejen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (Sekolah Sukan Negeri Kedah).