A- A A+

 

1 Dis 1979

Permulaan sesi persekolahan pertama dikenali sebagai SMK Tok Jalai. Menumpang di SK Kepala Batas. Staf pertama terdiri daripada 7 orang guru dan seorang kerani .

 

1983

Projek pembinaan bangunan sekolah dilakukan secara pasang siap di kawasan seluas 23 hektar. Lokasi terletak di persimpangan Jalan Jitra – Alor Setar dan Pelubang. Pembinaan terdiri daripada :

i) Tiga Blok bangunan dua tingkat (bilik darjah dan pejabat)

ii) Sebuah bangunan kantin.

iii) Sebuah Bengel Seni Perusahaan (kini mata pelajaran Kemahiran Hidup)

kos pembinaan dianggarkan kira – kira RM 3.5 Juta.

 

19 Feb 1984

Warga SMK Tok Jalai mula menduduki bangunan sekolah yang telah siap dibina. Bilangan pelajar pada ketika itu adalah sebanyak 124 orang (62 lelaki dan 62 perempuan)

 

1989

Nama SMK Tok Jalai ditukarkan kepada SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman atas perkenan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman . Ditumpangi SMK Tanjung Pauh ( sehingga 1993). Asrama mula diwujudkan secara tidak rasmi. 18 orang pelajar menjadi penghuni pertama .

 

1990

Asrama sekolah diwujudkan secara rasmi. Didiami 75 orang penghuni lelaki dan 61 orang penghuni perempuan. SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman mula menerima pelajar bakat sukan Program Bakat Olahraga Negeri.

 

1995

Program Bakat Khas Olahraga Majlis Sukan Negara dilaksanakan. 9 orang atlet, seorang jurulatih MNS dari Rusia dan seorang pembantu jurulatih ditempatkan di sekolah ini .

 

2001

Blok bangunan 2 tingkat dan sebuah dewan makan baru mula digunakan sebagai asrama sekolah. Bangunan asrama lama diubah suai sebagai bilik darjah . Pusat Angkat Berat Negeri dirasmikan oleh EXCO Belia dan Sukan , YB Dato’ Hassan Bulat .

 

Mac 2002

Bangunan Blok G dan Makmal Komputer siap dibina.

 

17 Jun 2003

SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman dijadikan Pusat Learning For Life tajaan UNDP, Coca-cola dan Apple.

 

14 Jan 2004

Program inklusif diwujudkan 2 unit rumah staf telah diubahsuai sebagai pusat program. Kos pengubahsuaian dianggar sebanyak RM 30 ribu.

 

17 Mei 2005

Limas Kencana dibina bagi memperingati sumbangan para pelajar dan guru SMK TATAR yang terlibat dalam persembahan teater. Perhimpunan Patriotik Pemimpin Para Pelajar peringkat Kebangsaan 2003.

 

17 Jul 2006

Limas Mestika dan penjanaan blok-blok di sekolah.

 

21 Jul 2006

SMK TATAR secara rasmi diisytiharkan sebagai Pusat Sukan Negeri.

 

2016

Pusat Al-Fateh Islamic Centre telah diwujudkan.

 

2019

Penjenamaan semula pasukan bola sepak SMKTATAR menjadi Lang Muda Kedah di bawah naungan Persatuan Bola Sepak Kedah

SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN
(SEKOLAH SUKAN NEGERI KEDAH)

06000 Jitra, Kedah Darul Aman 
Tel:   04-7144960   Faks: 04-7145312 
Emel: kea4061@moe.edu.my

Pelawat Hari Ini : 24

Pelawat Bulan Ini : 262

Jumlah Pelawat : 52154

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Penafian : JPN Kedah, PPD Kubang Pasu dan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (Sekolah Sukan Negeri Kedah) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam web ini tidak boleh dianggap sebagai ejen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (Sekolah Sukan Negeri Kedah).