A- A A+

EN. SHUIB BIN AHMAD

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Terima kasih atas kesempatan yang diberikan ini untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Semoga apa yang menjadi harapan dan cita-cita kita dalam menjayakan dan melonjakkan SMKTATAR di puncak kegemilangan akan menjadi kenyataan untuk kita gembeling bersama-sama.

Kegiatan sukan dan kokurikulum yang dianjurkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan adalah bagi memantapkan lagi penguasaan teori dan amali pelajar di dalam cabang sukan dan kokurikulum ke arah pemantapan kendiri serta kepimpinan pelajar adalah selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

Sehubungan dengan itu, unit kokurikulum SMKTATAR merasa bertanggungjawab memegang amanah bagi melahirkan murid dan atlet yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Dan pihak sekolah sentiasa menggalakkan murid dalam penglibatan mereka dalam bidang sukan dan kokurikulum. Seorang murid dididik dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk menjadi seorang insan yang seimbang dan harmonis. Pendidikan hendaklah dilihat sebagai satu proses sepanjang hayat. Seluruh agen pendidikan formal, tak formal dan bukan formal berkewajipan dan berperanan secara bekerjasama, lengkap melengkapi dan memenuhi tanggungjawab masing-masing dalam pendidikan.

Kegiatan sukan dan kokurikulum yang dijalankan diluar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau "espirit de corps" di antara murid-murid berbagai keturunan yang mempunyai latar belakang yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya bersikap bertanggungjawab, berdikari dan berkemahiran di dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.

Oleh itu saya sebagai pihak yang diberi tanggungjawab dalam bidang sukan dan kokurikulum ini amat berharap agar semua warga dan murid dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu untuk membantu pihak sekolah mencapai kejayaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya kita berharap agar SMKTATAR akan menjadi sebuah sekolah sukan yang terbaik yang mampu melahirkan atlet dan murid yang terbaik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

GO TATAR GO.

SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN
(SEKOLAH SUKAN NEGERI KEDAH)

06000 Jitra, Kedah Darul Aman 
Tel:   04-7144960   Faks: 04-7145312 
Emel: kea4061@moe.edu.my

Pelawat Hari Ini : 22

Pelawat Bulan Ini : 260

Jumlah Pelawat : 52152

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Penafian : JPN Kedah, PPD Kubang Pasu dan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (Sekolah Sukan Negeri Kedah) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam web ini tidak boleh dianggap sebagai ejen ataupun syarikat yang disyorkan oleh SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (Sekolah Sukan Negeri Kedah).